top of page
muay-boran-3.jpg
download.jpg
muayhistory.jpg

Apakah itu Muay Thai ???

​

Muay Thai bermaksud ‘Seni Lapan Anggota’ yang berasal dari Thailand. Muay Thai turut dikenali sebagai Tinju Siam yang wujud lebih daripada 2000 tahun lampau akibat konflik dan peperangan. Di Malaysia pula Muay Thai juga dikenali sebagai Tomoi. Muay Thai juga adalah suatu seni yang bersiratan dengan pelbagai jenis bela diri utama. Teknik-tekniknya hampir sama dengan Pradal Serey Kemboja, Lethwei Burma, Kali Filipina, Jun Fan dan Pencak Silat. Maksud sebenar Muay Thai adalah tinju bebas. Sejarah awal kewujudan Muay Thai tidak dapat dipastikan tetapi sejarah perkembangannya banyak dikaji oleh sarjana. Teori pertama menyatakan bahawa Muay Thai diwujudkan oleh penduduk Thai yang berhijrah dari daerah Yunan ke selatan China ke kawasan baru yang dikenali sebagai Thailand. Mereka menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh dan secara tidak langsung memperkembangkan suatu sistem peperangan yang dikenali sebagai Krabi Krabong (ilmu senjata tradisional) dan Muay Chao Chur yang akhirnya dikenali sebagai Muay Thai. Teori kedua pula, menyatakan bahawa penduduk siam sudah menetap di Thailand sejak sekian lama lagi dibawah empayar Angkor dan pengaruh seni bela diri Bokator telah diubah suai dan dinamakan Muay Boran yang akhirnya menjadi Muay Thai. Bedasarkan reka kuno, ahli sejarah menyatakan bahawa Muay Boran digunakan dalam peperangan Burma, China dan Vietnam. Bahan rujukan awal bertarikh 1411 menyatakan bahawa gaya pertempuran tanpa segaja (Muay Boran) merupakan penentu uatama kekuasaan Raja Thai.

 

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page