top of page

Gelanggang
Gerak Singa
Sri. Kulim
MUAY THAI
Adat Istiadat Majlis
Pembukaan Gelanggang.
Apabila menemuramah Encik Ismail bin Majid (Pengasas Gelanggang Gerak Singa), beliau memberitahu bahawa sebelum mempelajari ilmu muay thai dengan lebih mendalam dia akan mengadakan satu kursus atau latihan selama 40 hari (9:00 malam - 11:30 malam) .
Adat Istiadat Majlis
Penutupan Gelanggang.
Setelah berakhirnya kursus selama 40 hari, semua anak murid dikehendaki menyediakan nasi kunyit atau diertikan sebagai pulut semangat. Kini, mereka menggunakan kain tuala atau kain pelikat untuk dihadiahkan. Pulut yang di berikan oleh anak murid itu akan di jamu oleh tetamu jemputan kecuali kain akan dijadikan saguhati buat guru tersebut. Pada waktu itu, Gelanggang Gerak Singa akan memanggil semua guru luar yang berada di lain gelanggang seperti di Jelor, Beoh, Tok Bali dan sebagainya. Setelah mereka berkumpul, anak murid dari Gelanggang Gerak Singa akan berlawan dengan gelanggang lain sebagai contohnya Gelanggang Tok Bali. Perlawan ini bukannya serius tetapi hanya mempamerkan kemahiran mereka. Hadirnya tetamu ini akan diberikan pulut semangat tersebut. Selain itu, adanya juga upacara penyembelihan ayam yang lakukan sebelum penutupan majlis ini. Setiap anak murid perlu menyembelih ayam seorang seekor. Mereka menyembelih ayam dalam bangsal yang telah digali lubang. Sekiranya ayam yang di sembelih itu mengelupur lalu termasuk dalam lubang itu dikatakan akan menjadi guru atau pengganti guru. Guru akan tahu perangai anak muridnya melalui cara penyembelihan ayam. Ayam yang telah masuk dalam lubang , tok guru akan memelih ayam tersebut lalu membuat ayam panggang atau ayam percik di atas pulut di hiaskan juga dengan bunga & telor. Setelah selesainya tetamu pulang, anak murid akan memandi bunga. Pada malam pengakhiran majlis ini, semua anak murid dan tok guru bersalam-salaman dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.



I'm a title. Click here to edit me.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font.
bottom of page