
Gelanggang
Gerak Singa
Sri. Kulim
MUAY THAI
KELAB MUAY THAI GELANGGANG GERAK SINGA SRI KULIM, PASIR PUTEH, KELANTAN

Kelab Muay Thai Gerak Singa ini terletak di Sri Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Kelab ini diasaskan oleh Encik Ismail Bin Majid. Beliau mempelajari ilmu muay thai ini sejak tahun 1968. Dikatakan beliau menuntut ilmu muay thai ini seramai 5 orang guru. Pada awalnya, gelanggang ini hanya menggunakan batang pinang & buluh. Kini mereka telah meminta jasa baik daripada belia & wakil rakyat untuk memodenkan gelanggang tersebut. Mereka dikatakan melakukan pembaharuan gelanggang dengan menjalankan aktiviti goton-royong bersama-sama orang kampung dan anak murid gelanggang tersebut. Jumlah pelajar di Gelanggang Muay Thai Gerak Singa ini dikatakan boleh mencecah sebanyak 50 orang tetapi kebiasaannya mempunyai seramai 40 orang anak murid dalam setahun.
Gelanggang Gerak Singa
Pada 15 Oktober 2018 , kami telah melakukan kajian lapangan tentang Muay Thai di Gelanggang Gerak Singa Sri Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Saksikan video yang kami telah hasilkan untuk ingin tahu lebih lanjut tentang Muay Thai ini. :-
Hak Cipta Terpelihara