top of page

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENUBUHKAN GELANGGANG GERAK SINGA SRI KULIM

         Sepanjang Encik Ismail bin Majid mengajar Muay Thai, beliau telah menghadapi beberapa  cabaran iaitu beliau kekurangan dana untuk membina gelanggang Muay Thai Sri Kulim. Beliau terpaksa membuat kertas kerja untuk mendapat sumbangan daripada pihak kontrak. Selain itu, Encik Ismail juga menghadapi masalah dari segi kekurangan tenaga pengajar kerana tenaga  pengajar hanya terdiri daripada ahli keluarga sahaja. Seterusnya, cabaran yang paling besar dilalui oleh Encik Ismail sepanjang mengendalikan aktiviti sukan Muay Thai ini ialah pada beberapa tahun lepas, terdapat seorang budak yang ingin menandingi kekuatan dengan anak buah Encik Ismail, namun budak itu akhirnya tewas. Selepas kejadian tersebut budak itu menyesali atas perbuatannya dan ingin menjadi sebahagian daripada pelajar Muay Thai Gerak Singa Sri Kulim.

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page